Mujaddid

Sebahagian siri
Usul al-fiqh
Dalam Islam, mujaddid (Bahasa Arab: مجدد‎, harfiah: pembaru) adalah seseorang yang dipercayai dihantar oleh Allah di awal setiap kurun Hijrah. Fungsi mujaddid ini ialah untuk memulihkan kembali Islam, menghilangkan unsur-unsur yang telah ditokok tambah dan mengembalikannya kepada keadaan asli. Mujadiid ini boleh jadi seorang khalifah, wali, ulama, cendekiawan ataupun seorang lain yang berpengaruh.Ini disebut dalam hadith:"Allah akan mengutus kepada umat ini di setiap awal kurun seorang yang akan memperbaharui (atau memulihkan) urusan agama" (Sunan Abu Dawud, Kitab al-Malahim, bab 1.)Terdapat banyak pandangan mengenai identiti mujaddid ini bagi setiap abad, tetapi Muslim secara umumnya bersetuju, walaupun sekiranya orang-orang di dalam senarai di bukan merupakan mujaddid zaman mereka, majoritinya merupakan cendekiawan ortodoks hebat yang memberi sumbangan besar terhadap Islam.