Sejarah Muktamar_Tahunan_PAS

Terdapat tiga perhimpunan ke arah menubuhkan PAS:

Persidangan Alim Ulamak kali Pertama

21-23 Februari 1950 di  Kelab Melayu Muar, Bandar Maharani, Johor. Persidangan ini dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO, dan dihadiri oleh 46 orang wakil. Resolusi Persidangan ini membawa kepada penubuhan Persatuan Ulama Se-Tanah Melayu yang diketuai oleh Haji Ahmad Fuad Hassan sebagai Yang Dipertua.

Persidangan Alim Ulamak kali Kedua / Kongres Alim Ulamak Pan-Malaya

23 Ogos 1951 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Resolusi Kongres ini memutuskan dua perkara, iaitu meneruskan langkah penubuhan Badan Tertinggi Agama Islam peringkat kebangsaan, dan menubuhkan sebuah persatuan alim-ulama yang bebas (tidak terikat dengan UMNO) dengan nama Persatuan Ulama-ulama Se-Tanah Melayu (PAS). Kongres meluluskan supaya ditubuhkan jawatankuasa penaja dan membuat draf cadangan undang-undang tubuh persatuan.

Persidangan Alim Ulamak kali Ketiga / Persidangan Persatuan Ulamak Malaya

24 November 1951 di Bagan Tuan Kecil, Butterworth. Persidangan ini dihadiri oleh 200 orang wakil termasuk pemerhati dan termasuk juga 20 orang mewakili kaum Ibu. Resolusi Kongres ini telah menukarkan nama Persatuan Ulamak Se-Tanah Melayu kepada Persatuan Islam Se-Tanah Melayu dan meluluskan Undang-Undang Tubuh Persatuan Islam Se-Tanah Melayu 1951