Filem Munafik_(siri_filem)

Munafik (2016)

Rencana utama: Munafik (filem)

Ustaz Adam dikenali sebagai seorang ustaz yang dikurniakan ‘kelebihan’ kerana setiap pesakit yang mengalami ‘gangguan’ sering berjaya diubatinya mengikut cara perubatan Islam. Sikap merendah diri terhadap kelebihan yang ada pada dirinya itu amat disenangi oleh semua yang mengenali, terutamanya penduduk kampung di kawasan yang dia diami. Kebahagiaan yang dikecapi Adam bersama isteri dan anaknya tidak bertahan lama selepas dia dan isterinya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang ngeri. Isterinya meninggal dunia di tempat tragedi. Kematian isterinya, Zulaikha itu telah membunuh semua rasa dan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan Islam yang sering mengubati orang-orang kampung. Adam seakan-akan tidak boleh menerima qada & qadar Tuhan. Keimanannya mula rapuh, tergugat dan tidak sekuat dahulu. Adam mula murung, mengasingkan diri dari jemaah masjid dan lebih senang beribadat di rumah, ditemani anaknya, Amir. Dalam masa yang sama, Maria, salah seorang penduduk di kampung, mengalami gangguan jin/syaitan yang teruk sehingga ke tahap dia didiagnos oleh pakar perubatan moden dengan penyakit mental-kronik depresi (tekanan perasaan yang serius). Kemewahan hidup keluarganya tidak membawa apa-apa makna apabila gangguan yang dialaminya semakin lama semakin menggila kerana hanya bergantung pada ubat penenang yang kesannya hanya sementara. Ayahnya pula terlantar sakit dan dijaga oleh ibu tirinya, Zati. Zati meminta bantuan daripada Imam kampung untuk memujuk Adam mengubati Maria rentetan kejadian Maria dirasuk teruk dan rumah mereka semakin banyak gangguan dan penampakan jin/syaitan.[7]

Munafik 2 (2018)

Rencana utama: Munafik 2

Dua tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, lautan kehidupan Ustaz Adam (Syamsul Yusof) kembali tenang selepas dihantu oleh kematian isteri dan anaknya. Dia mula menjadi pendakwah bebas dan meneruskan tanggungjawab membantu golongan yang terkena gangguan sihir/jin di serata tempat. Ujian yang menimpa sebelum ini telah mengajarnya untuk lebih tawadhu pada Ilahi. Namun apa yang mengelirukan, Adam sentiasa dihantui dengan imbasan-imbasan silam tentang kematian Maria. Adam juga sering didatangi seorang wanita misteri yang mempersoalkan tentang keimanan dan takdir Tuhan. Dalam masa yang sama, di seberang kampung tinggal seorang wanita bernama Sakinah (Maya Karin) dan anak perempuannya, Aina.[8]

Munafik 3 (2020)

Rencana utama: Munafik 3

Filem ketiga telah diumumkan secara rasmi pada 4 September 2018. Syamsul dilaporkan ingin menjadikan Munafik sebagai sebuah francais media.[9][10] Beliau berkata dalam temuramah bersama Utusan Malaysia: "Skrip untuk nas­khah ketiga Munafik belum siap sepenuhnya. Namun, saya sudah ada bayangan jalan cerita yang sentiasa berlegar-legar di fikiran. Rancangan untuk menghasilkan Munafik dalam bentuk trilogi sudah ada sejak pembikinan naskhah pertama pada 2016 lagi,”.[11] Beliau kemudian mengesahkan bahawa Munafik 3 akan menjalani penggambaran pada 2019.[12]

Rujukan

WikiPedia: Munafik_(siri_filem) http://www.imdb.com/title/tt5565896/ http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2016/03/10/... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/munafik-2-te... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/syamsul-yuso... http://www.utusan.com.my/berita/nasional/raih-rm21... http://www.finas.gov.my/en/malaysian-box-office/ https://www.malaymail.com/s/1669098/syamsul-yusof-... https://www.bharian.com.my/hiburan/wayang/2018/08/...