Penerbitan Munafik_3

Pada 4 September 2018, perancangan untuk siri ketiga Munafik telah diumumkan dengan Syamsul mahu menjadikan Munafik sebagai sebuah francais media.[2][3] Menurut beliau: "Skrip untuk nas­khah ketiga Munafik belum siap sepenuhnya. Namun, saya sudah ada bayangan jalan cerita yang sentiasa berlegar-legar di fikiran. Rancangan untuk menghasilkan Munafik dalam bentuk trilogi sudah ada sejak pembikinan naskhah pertama pada 2016 lagi,”.[4] Beliau mengesahkan bahawa Munafik 3 menjalani penggambaran pada 2019.[5] Bagaimanapun, barisan pelakon yang bakal terlibat akan diumumkan kelak.[6]