Murtad_paksa_orang_Islam_di_Sepanyol
Murtad_paksa_orang_Islam_di_Sepanyol

Murtad_paksa_orang_Islam_di_Sepanyol

Murtad paksa orang Islam di Sepanyol telah digubal melalui satu siri titah perintah mengharamkan agama Islam di tanah Sepanyol. Usaha ini diselia oleh tiga raja Sepanyol pada awal abad ke-16: Mahkota Castile pada 1500–1502, diikuti Navarre pada 1515–1516, dan akhirnya Mahkota Aragon pada 1523–1526.[1]Selepas kerajaan Kristian selesai menakluk semula Sepanyol Islam pada tahun 1492, jumlah penduduk Islam antara 500,000 dan 600,000 orang. Pada masa ini orang Islam yang tinggal di bawah pemerintahan Kristian diberi taraf Mudéjar, secara sah membenarkan amalan agama Islam secara terbuka. Pada tahun 1499, Ketua Biskop Toledo, Kardinal Francisco Jiménez de Cisneros memulakan suatu kempen di kota Granada memaksa pematuhan agama Kristian dengan menyeksa dan memenjara; hal ini mencetuskan pemberontakan oleh orang Islam. Pemberontakan tersebut akhirnya dihentikan dan kemudian digunakan untuk memberi alasan yang kuat membatalkan perlindungan sah dan perjanjian orang Islam. Usaha murtad dilipatgandakan, dan menjelang tahun 1501, secara rasminya, tiada orang Islam yang tinggal di Granada. Digalakkan oleh kejayaan tersebut di Granada, Ratu Castile Ratu Isabella mengurniakan satu titah perintah pada tahun 1502 yang mengharamkan agama Islam untuk semua dari Castile. Dengan penggabungan paksa Navarre Iberia pada tahun 1515, lebih ramai orang Islam masih dipaksa mematuhi kepercayaan agama Kristian di bawah titah perintah Castile berikut. Negeri terakhir yang mengenakan murtad paksa ialah Mahkota Aragon, raja-raja wilayah tersebut sebelum ini telah terikat dengan jaminan kebebasan beragama untuk rakyat Islamnya di bawah satu sumpah dimasukkan dalam istiadat pemahkotaan baginda. Pada awal 1520-an, satu pemberontakan anti-Islam yang dikenali sebagai Pemberontakan Persaudaraan berlaku, dan orang Islam di bawah wilayah pemberontak berikut dipaksa murtad. Apabila angkatan bersenjata diraja Aragon, dibantu oleh orang Islam, menumpaskan pemberontakan, Raja Charles I (lebih dikenali sebagai Charles V dari Empayar Suci Rom) memutuskan bahawa mereka yang dipaksa murtad adalah sah; maka, "orang murtad" kini orang Kristian secara rasminya. Hal ini menempatkan orang murtad di bawah bidang kuasa Pasitan Sepanyol. Akhirnya, pada tahun 1524, Charles mengemukan petisyen kepada Paus Clement VII untuk membebaskan raja tersebut daripada lafaz sumpah baginda melindungi kebebasan beragama orang Islam. Hal ini memberi baginda kuasa untuk bertindak secara rasmi menentang penduduk Islam yang tinggal; pada akhir tahun 1525, baginda mengurniakan sebuah titah perintah murtad yang rasmi: Islam tidak lagi wujud secara rasmi di seluruh Sepanyol.Manakala berpegang teguh pada agama Kristian di tempat awam dikehendaki oleh titah perintah diraja dan dikuatkuasakan oleh Pasitan Sepanyol, bukti menunjukkan kebanyakan yang dipaksa murtad (dikenali sebagai "Morisco") berpegang pada agama Islam secara rahsia. Dalam kehidupan awam harian, undang-undang tradisional Islam Syariah tidak dapat lagi diikuti tanpa ditindas oleh Pasitan; akibatnya, fatwa Wahran dikeluarkan untuk mengiktiraf perlunya mengendurkan undang-undang syariah, serta memperincikan cara-cara orang Islam melalukan demikian. Fatwa ini menjadi asas untuk kripto-Islam yang diamalkan oleh Morisco sehingga pengusiran mereka pada 1609–1614. Beberapa orang Islam, ramai dekat pantai, berhijrah bergerak balas pada murtad paksa tersebut. Walau bagaimanapun, sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa terhadap penghijrahan bermakna meninggalkan Sepanyol tidak menjadi pilihan ramai. Pemberontakan juga meletus di beberapa kawasan, terutamanya tempat dengan muka bumi bergunung yang dapat dipertahankan, namun mereka semua tidak berjaya. Akhirnya, titah perintah tersebut mencipta satu masyarakat di mana orang Islam salih yang enggan murtad secara rahsia wujud bersama dengan orang murtad yang menjadi orang Kristian beramal yang sejati, sehinggalah pengusiran tersebut.

Rujukan

WikiPedia: Murtad_paksa_orang_Islam_di_Sepanyol //doi.org/10.1163%2F138078510X12535199002758 //doi.org/10.3989%2Falqantara.2006.v27.i2.2 //www.worldcat.org/issn/1380-7854 //www.worldcat.org/issn/1988-2955 http://www.the-tls.co.uk/articles/private/fatwas-i... http://www.the-tls.co.uk/articles/private/moors-of... https://books.google.com/books?id=7QJygx-jbKcC https://books.google.com/books?id=PFHCqgOVi5cC https://books.google.com/books?id=PtXSAgAAQBAJ https://books.google.com/books?id=netlOtzI6R8C