Musical.ly (ditulis sebagai
musical.ly) ialah sebuah perkhidmatan
media sosial China yang beribu pejabat di
Shanghai dengan pejabat AS di Santa Monica, California
[1] yang mana para pengguna membuat dan berkongsi video-video lip-sync pendek. Perkhidmatannya tersebut kini dikenali sebagai
TikTok. Prototaip pertamanya dikeluarkan pada April 2014, dan versi rasminya dilancarkan pada Ogos tahun tersebut.
[2][3]Pada Jun 2016, Musical.ly memiliki lebih dari 90 juta pengguna berdaftar, meningkat dari 10 juta pada tahun sebelumnya.
[4] Pada Mei 2017, aplikasi tersebut memiliki lebih dari 200 juta pengguna.
[5]ByteDance Ltd. memperolehi Musical.ly Inc. pada 10 November 2017, dan menggabungkannya dengan
TikTok pada 2 Ogos 2018. Pada masa yang sama, Musical.ly Inc. bertukar nama kepada
TikTok Inc.
[6]