Musim_Pembanjiran

Musim Pembanjiran atau Musim Genang (istilah transliterasi MdC daripada Mesir adalah Axt, dan ia kadang-kadang ditulis sebagai Akhet) [1] adalah musim pertama dalam kalendar Mesir purba. Musim ini juga dikenali sebagai masa banjir. Mesir purba menandakan permulaan tahun mereka dengan kenaikan Sungai Nil. Peristiwa ini amat penting kepada rakyat Mesir kerana airnya meninggalkan tanah dan kelembapan yang subur, yang merupakan punca kesuburan negara Mesir. Banjir berlaku antara pertengahan bulan Julai dan pertengahan November dan bermula selepas tempoh 5 hari epagomenal dikenali sebagai ḥriw rnpt, "di luar lingkungan sepanjang tahun".[2]