Muzik_elektronik

Muzik elektronik merupakan muzik yang menggunakan teknologi dan alat muzik elektronik dalam penghasilannya. Penghasilan bunyi elektronik boleh dihasilkan dengan menggunakan theremin, pensintesis dan komputer.[1]Sebelum 1960-an, muzik elektronik lebih dikaitkan dengan muzik seni Barat. Tetapi selepas itu, dengan adanya teknologi muzik yang berpatutan bermaksud bahawa aliran muzik ini semakin dikenali.[2] Hari ini, muzik elektronik terdiri daripada pelbagai jenis dan julat, sama ada daripada muzik seni eksperimen kepada bentuk popular seperti muzik tarian elektronik.