Muzium_Negara_Singapura
Muzium_Negara_Singapura

Muzium_Negara_Singapura

Muzium Negara Singapura ialah muzium yang tertua di Singapura. Sejarahnya bermula sejak tahun 1849, apabila ia bermula sebagai satu bahagian perpustakaan di Institusi Singapura dan dipanggil sebagai Perpustakaan dan Muzium Raffles. Selepas beberapa penempatan semula, pada 1887 ia berpindah ke sebuah tapak tetap di Stamford Road di Kawasan Rancangan Muzium.Muzium tersebut menumpu pada pameran-pameran berkaitan sejarah Singapura. Ia adalah salah satu daripada empat muzium negara di dalam negara, tiga muzium lain merupakan dua Muzium Tamadun Asia di Bangunan Empress Place dan Sekolah Tao Nan Lama serta Muzium Seni Singapura. Nama "Muzium Negara" mula diguna pakai pada 1965; di antara tahun 1993 hingga Mac 2006, ia pernah dikenali sebagai Muzium Sejarah Singapura.Muzium Negara Singapura menjalani proses baik pulih selama tiga setengah tahun dan dibuka semula pada 2 Disember 2006, dengan acara pembukan semula rasmi oleh Presiden ketika itu, S. R. Nathan.

Muzium_Negara_Singapura

Pemilik Lembaga Warisan Negara
Koordinat 1°17′48.2″N 103°50′55.1″E / 1.296722°N 103.848639°E / 1.296722; 103.848639Koordinat: 1°17′48.2″N 103°50′55.1″E / 1.296722°N 103.848639°E / 1.296722; 103.848639
Nama lama
  • Perpustakaan dan Muzium Raffles
  • Muzium Sejarah Singapura
Kawasan perancangan
Kawasan Perancangan Muzium
Lokasi
93 Stamford Rd, Singapura 178897
Laman sesawang
Penetapan 14 Februari 1992
Ditubuhkan 1849; 171 tahun yang lalu (1849)
Negara  Singapura