Muzium_Sastera
Muzium_Sastera

Muzium_Sastera

Muzium Sastera terletak di bangunan lama Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) di Melaka, Malaysia iaitu berhampiran dengan Bangunan Stadthuys.[1]Muzium terulung di Malaysia yang memberikan penekanan kepada sejarah penulisan dan pengkaryaan bermula dari era awal penulisan, Cerita-cerita Rakyat, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hukum Kanun Melaka, Munsyi Abdullah sehingga ke tahap perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden. Bahan-bahan pameran utama terdiri dari lukisan yang menggambarkan peristlwa-peristiwa penting berdasarkan petikan Sejarah Melayu dan bentuk-bentuk hukuman yang dilaksanakan menurut Hukum Kanun Melaka serta koleksi naskah manuskrip asal tulisan tangan dan seluruh pelosok dunia.Penghormatan turut diberikan kepada penulisan berbentuk tradisional merangkumi pantun, gurindam, nazam dan puisi. Galeri Sasterawan Negara dan Penulis-penulis Melaka turut merupakan sebahagian tarikan utama untuk pelawat.