Muzium_Sejarah_Semulajadi_Kebangsaan
Muzium_Sejarah_Semulajadi_Kebangsaan

Muzium_Sejarah_Semulajadi_Kebangsaan

Muzium Sejarah Semulajadi Kebangsaan adalah sebuah muzium sejarah semulajadi yang ditadbir oleh Institusi Smithson, terletak di National Mall di Washington, D.C., Amerika Syarikat. Muzium ini tidak mengenakan sebarang bayaran masuk dan dibuka 364 hari setahun.Muzium ini menyimpan koleksi lebih dari 500 juta spesimen tumbuhan, haiwan, mineral, batu, meteorit, dan artifak budaya manusia. Pada tahun 2009, ia telah dilawati lebih dari 7.4 juta pelawat. Muzium Sejarah Semulajadi Kebangsaan merupakan muzium yang paling ramai dilawati dari senarai muzium-muzium Smithson[1] Muzium ini juga menjadi rumah kepada kira-kira 185 orang saintis sejarah semulajadi professional — kumpulan saintis terbesar yang membuat kajian semulajadi dan sejarah kebudayaan di dunia.