Muzium Tuan Yang Terutama (dahulu dikenali Seri Melaka) ialah sebuah muzium di
Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia. Ianya merupakan bekas kediaman rasmi dan pejabat
Gabenor Belanda di
Melaka pada kurun ke-17. Fungsi bangunan ini diteruskan pada zaman pemerintahan
Inggeris hinggalah selepas kemerdekaan. Pada September 1996, kediaman rasmi dan pejabat
Tuan Yang Terutama berpindah dari
Bukit St. Paul ke
Istana Melaka di
Bukit Beruang, Melaka.Fungsi Institusi Tuan Yang Terutama (TYT) sebagai Pemerintah Tertinggi Negeri dipamerkan bagi mengimbas kembali kewujudan institusi ini.
Muzium Tuan Yang Terutama mempamerkan tentang Sejarah Ringkas Institusi Kesultanan, Pembentukan Penubuhan Gabenor Negeri-Negeri hinggalah kepada Peranan dan Institusi TYT. Secara umum peranan Ketua Menteri Melaka turut diselitkan kerana peranan mereka tidak kurang pentingnya dalam menerajui kerajaan negeri.Tumpuan utama yang akan diberikan ialah tentang Gabenor / Tuan Yang Terutama selepas merdeka yang telah berkhidmat di Melaka iaitu bermula dari Tun
Leong Yew Koh (Gabenor Pertama), Tun Haji
Abdul Malek bin Haji Yusuf (Gabenor Kedua), Tun Haji
Abdul Aziz Abdul Majid (Gabenor Ketiga), Tun
Syed Zahiruddin bin Syed Hassan (Gabenor Keempat), dan
Tun Syed Ahmad Shahabudin Al-Haj (TYT Kelima) dengan menampilkan berbagai-bagai koleksi peribadi milik Tuan Yang Terutama.Pameran di muzium ini mengekalkan sebahagian daripada kegunaan ruang asal bangunan. Selain dari itu, ia juga mengetengahkan tentang sumbangan TYT terhadap pembangunan negeri seperti perindustrian, pertanian, pelancongan, pentadbiran, keagamaan dan sebagainya yang berkembang dari masa ke masa sambil dibantu oleh setiap
Ketua Menteri di bawah pimpinannya dalam membangunkan negeri Melaka.