My_Chemical_Romance
My_Chemical_Romance

My_Chemical_Romance

My Chemical Romance (singkatannya MCR atau My Chem[1]) merupakan satu kumpulan muzik rock yang berasal dari Amerika Syarikat dan ditubuhkan pada 2001. Ahli terkini ialah Gerard Way, Mikey Way, Frank Iero dan Ray ToroSebaik selepas ditubuhkan, kugiran ini menandatangani perjanjian dengan Eyeball Records dan melancarkan album sulung mereka I Brought You My Bullets, You Brought Me Your Love pada 2002. Mereka menandatangani pula perjanjian dengan Reprise Records pada tahun seterusnya dan melancarkan album besar mereka Three Cheers for Sweet Revenge pada 2004. Album tersebut merupakan kejayaan yang besar setelah terjual sebanyak sejuta salinan kerana kejayaan lagu "Helena", "I'm Not Okay (I Promise)", dan "The Ghost of You". Kugiran itu mengulangi kejayaan dengan album keluaran 2006 yang bertajuk The Black Parade, yang mempunyai lagu hit seperti "Welcome to the Black Parade", "Famous Last Words", "I Don't Love You", dan "Teenagers". Kumpulan ini baru sahaja merakamkan DVD di Mexico City, untuk pelancarannya pada 2008.[2].Mereka baru sahaja meghabiskan album studio keempat mereka yang berjadul Danger Days: The True Lives of the Fabulous Killjoys.