My_Starz_LG

My Starz LG merupakan sebuah rancangan realiti televisyen dalam mencari bakat-bakat baru dalam arena nyanyian di Malaysia yang pernah ditayangkan di TV3 dan NTV7 bermula pada tahun 2007 hingga 2010. Tiga juara lahir daripada program ini ialah Hamiza Tashya Bashir atau Tasya (musim 1), Noriezuana Syed Shafudin atau Wana (musim 2) dan Raja Farah Afzal atau Tom (musim 3). Setakat ini, Tom merupakan juara terakhir yang lahir daripada program realiti terbitan TV3 ini disebabkan tiada pengumuman rasmi dikeluarkan oleh pihak TV3 untuk meneruskan program ini kepada musim yang keempat.