Nazrudin_Rahman

Nazrudin Habibur "Naz" Rahman (lahir 9 November 1978) ialah seorang pelakon dan personaliti televisyen Malaysia yang terkenal kerana mengacarakan berbagai-bagai rancangan televisyen, termasuk Kelab Disney Malaysia, "Jalan Jalan Cari Makan", "Kata Serasi", MyStarz LG dan The Breakfast Show, dan juga membintangi drama Ghost. Selain itu, beliau juga tampil dalam iklan jenama terkemuka untuk televisyen Malaysia.[2]Beliau berkahwin dengan penyampai berita ntv7, Sheahnee Iman Lee (kini bekas) pada 26 Jun 2008 dan kini dikurniakan tiga cahaya mata, Zara Aaliyah, Zakry Aiman dan Zayd Aaqil.[3]

Nazrudin_Rahman

Pekerjaan Pelakon, pengacara televisyen
Pasangan Sheahnee Iman Lee (berkahwin 2008)
Anak 3
Tahun aktif 2001–kini
Nama lain Naz Rahman
Kelahiran Nazrudin bin Habibur Rahman
(1978-11-09) 9 November 1978 (umur 41)[1]
Kuala Lumpur, Malaysia