Mydin_Mohamed_Ghulam_Hussein

Mydin Mohamed Ghulam Hussein (1928–1 Ogos 2016) ialah seorang usahawan, eksekutif dan perintis dalam industri peruncitan Malaysia.[1] Beliau mengasaskan pasar raya Mydin pada 1957 di Kota Bahru, Kelantan[2] yang bermula sebagai sebuah kedai kayu kini berkembang sebagai rangkaian pasar raya tempatan terbesar di Malaysia.[3]Beliau meninggal dunia pada usia 88 tahun akibat sakit tua di Hospital Pantai, Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2016, beliau turut menghidap penyakit diabetis, namun tidak serius dan sering melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital. Beliau meninggalkan seorang balu, Rowshan Bhai dan tujuh orang anak termasuk anak keduanya, Ameer Ali Mydin yang merupakan Pengarah Urusan Mydin.[4] Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zohor.[5]