Kerjaya Myoui_Mina

Pada tahun 2014, Mina muncul dalam video muzik GOT7, "Stop Stop It" dan Junho, "Feel" (Bahasa Jepun). Pada tahun berikutnya, beliau muncul dalam video muzik Wooyoung, "R.O.S.E." (Bahasa Jepun) dan miss A, "Only You".

Mina diumumkan sebagai salah seorang peserta pertandingan Sixteen untuk menentukan ahli ahli kumpulan wanita JYP yang baru.[2] Rancangan ini bermula pada 5 Mei dan berakhir dengan beliau dinamakan sebagai salah seorang daripada ahli Twice. Pada 20 Oktober, Mina membuat kemunculan pertamanya sebagai ahli Twice menerusi album mini, The Story Begins dan lagu Like OOH-AHH.[3][4]