Myuchelys

Myuchelys bellii
Myuchelys georgesi
Myuchelys latisternumMyuchelys ialah genus kura-kura yang berasal dari Australia, dari keluarga Chelidae dan subkeluarga Chelodininae. Mereka mendiami kawasan berair seperti anak-anak sungai. Nama Myuchelys, ialah perkataan puak asli tempatan, yang berasal dari perkataan myuna bermaksud air jernih dan chelys ialah perkataan Yunani bermaksud kura-kura.[1] Haiwan ini memiliki leher yang pendek dan skut intergular yang terpisah sepenuhnya. Mereka tiada penghubung alveolar menjadikan ia berbeza berbanding kura-kura dari genus Elseya.