NU'EST
NU'EST

NU'EST

NU'EST (Korea: 뉴이스트) merupakan sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Korea Selatan. Dibentuk oleh syarikat Pledis Entertainment pada 2012, ia terdiri daripada 5 orang anggota iaitu JR, Aron, Minhyun, Baekho and Ren. Perkataan NU'EST ialah singkatan daripada "New Established Style and Tempo" (Gaya dan Tempo Mantap yang Baru).Pada 15 Mac 2012, kumpulan muzik ini membuat penampilan sulung pertama mereka dengan melancarkan single bertajuk "Face" ("Wajah").[1] Sebelum ini, tiga orang ahli daripada kumpulan ini iaitu Dongho (Baekho), Minhyun dan Jonghyun (JR) merupakan anggota dalam kumpulan Pledis Boys.[2]