Belsyazar Nabi_Daniel


Lukisan minyak cerita Belsyazar dari kitab Daniel oleh Rembrandt, 1635Akk. bêl-šar-usur. Selama bertahun-tahun Belsyazar menjadi teka-teki bagi kaum sejarahwan. Kitab Daniel menyatakan bahwa ia adalah “Raja” (Ar. מֶלֶך) pada malam Babel jatuh (ps. 5) dan mengatakan bahawa “ayah”nya (Ar. אַב) adalah Nebuchadnezar (5:2, 11, 13, 18). Sebelum 1854, para arkeologi dan sejarahwan tidak tahu apa-apa tentang Belsyazar di luar Kitab Daniel. Memang, meskipun baik Xenophon (Cyropaedia, 7.5.28-30) mahupun Herodotus (The Histories, 1.191) menceritakan jatuhnya Babel ke tangan Koresy Agung, keduanya tidak menyebutkan nama Raja Babel. Lebih jauh, daftar raja yang disusun oleh Berossus dan Ptolemeus menyebutkan nama Nabonidus (Akk. Nabû-nā'id) sebagai Raja Babel terakhir, namun tidak menyebutkan nama Belsyazar. Hal ini menyebabkan Ferdinand Hitzig mengatakan pada 1850 bahawa Belsyazar adalah "rekaan dari imaginasi penulis Yahudi."

Sejak saat itu bukti baru dari Babel telah memastikan keberadaan Belsyazar serta pemerintahan-bersamanya ketika Nabonidus, ayahnya, berkuasa di Temâ. Misalnya, dalam Silinder Nabonidus, Nabonidus memohon kepada Dewa Sin sbb: “Dan mengenai Belsyazar anak sulungku, biarlah rasa takutmu kepada Ilahi Yang Agung mengisi hatinya dan semoga kiranya ia tidak berbuat dosa; dan kiranya ia menikmati kebahagiaan dalam hidupnya". Selain itu, Laporan Syair tentang Nabonidus (British Museum tablet 38299) menyatakan, “[Nabonidus] mempercayakan tentera (?) kepada anaknya yang tertua, anaknya yang sulung, pasukan-pasukan di negeri ini diperintahnya di bawah komandonya. Ia melepaskan segala-galanya, mempercayakan kerajaan kepadanya, dan, ia sendiri, ia memulai suatu perjalanan yang panjang. Pasukan-pasukan militery Akkad berbaris bersamanya, ia berbelok ke Temâ jauh di sebelah barat” (Col. II, lines 18 - 29. 18). Sejalan dengan pernyataan bahawa Nabonidus "mempercayakan kerajaan" kepada Belsyazar sementara ia tidak ada, terdapat bukti bahawa nama Belsyazar digunakan dengan nama ayahnya dalam rumusan-rumusan sumpah, bahawa ia mampu mengeluarkan edik, menyewakan tanah perladangan, dan menerima "hak-hak istimewa kerajaan" untuk memakan makanan yang dipersembahkan kepada dewa-dewa.

Informasi yang tersedia mengenai pemerintahan bersama Belsyazar tidak berkata apa-apa setelah tahun ke-14 Nabonidus. Menurut Catatan Sejarah Nabonidus, Nabonidus kembali dari Temâ pada tahun ke-17 dan merayakan pesta Tahun Baru (Akk. Akitu). Apakah Belsyazar melanjutkan pemerintahan bersamanya dengan ayahnya setelah kepulangannya atau tidak?, tidak dapat dibuktikan dari dokumen-dokumen yang tersedia. Sebahagian memberitahu bahawa tidak dirayakannya Akitu pada masa Nabonidus tidak ada membuktikan bahwa Belsyazar tidak boleh disebut "Raja" kerana hal itu membuktikkan bahawa ia tidak dapat memimpin festival tersebut. Namun demikian, Laporan Syair tentang Nabonidus mengatakan, "Nabonidus berkata: 'Aku akan membangunkan kuil baginya (Sin, Dewa Bulan)...hingga aku mencapainya, hingga aku memperoleh apa yang menjadi kerinduanku, aku akan menghapuskan semua festival, Aku bahkan akan memerintahkan agar pesta perayaan Tahun Baru dihentikan!'" Jadi, penghentian Akitu tersebut nampaknya dilakukan dengan perintah Raja dan bukan suatu ketidakmampuan pada pada pihak Belsyazar. Sebahagian juga telah mengatakan bahawa ia tidak boleh disebut "Raja" karena ia tidak pernah disebut demikian dalam dokumen-dokumen yang ada. Walaupun memang benar bahwa tak satupun dari dokumen-dokumen ini secara tegas menyebut Belsyazar "Raja," sebelumnya menunjukkan bahawa dokumen-dokumen itu memang memperlihatkan bahawa Belsyazar bertindak dalam kapasiti(arahan) raja. Lebih jauh, istilah bahasa Aram מלך (mlk, raja) dapat digunakan untuk menterjemahkan gelaran para pegawai yang lebih rendah pangkatnya seperti yang dapat dilihat dalam kasus sebuah prasasti dwi-bahasa Akadia/Aram abad ke-9 SM yang ditemukan di Tell Fekheriyeh pada 1979 yang menggunakan sebutan "Raja" untuk “Gabenor” Akadia.

Tidak ada satupun teks-teks di luar Alkitab yang menunjukkan hubungan darah antara Nebuchadnezar dan Belsyazar. Para sejarahwan berkeberatan bahawa aspek ini dicatat dalam Daniel. Ada sejumlah penguasa Babel antara kematian Nebukadnezar dan berkuasanya Nabonidus/Belsyazar. Banyak pakar yang menjelaskan kenyataan bahawa para penguasa ini tidak disebutkan sebagai petunjuk ,ini menunjukkan bahawa penulis keliru dalam dugaannaya bahawa kedua penguasa itu menjawat jawatan secara berturut-turut. Sebagaimana dikatakan oleh para editor Jewish Encyclopedia (1901-1906), yang menunjukkan keyakinan bahawa Daniel ditulis jauh kebelakang (lihat 'Waktu penulisan'), "pada masa tradisi lisan yang panjang raja-raja Babel yang tidak penting dapat dengan mudah dilupakan, dan raja terakhir, yang dikalahkan oleh Koresy, tampaknya dianggap sebagai pengganti dari Nebuchadnezar yang terkenal." Berdasarkan penalaran ini, para sejarahwan menganggap rujukan kepada hubungan Belsyazar dengan Nebukadnezar semata-mata sebagai kesalahan yang didasarkan pada kesalahfahaman di atas.