Nabisco
Nabisco

Nabisco

Nabisco (pada asalnya dikenali sebagai National Biscuit Company) ialah jenama biskut dan snek Amerika Syarikat. Beribupejabat di East Hanover, New Jersey, syarikat ini merupakan anak syarikat (subsidiari) kepada Kraft Foods yang bertapak di Illinois. Kilang Nabisco di Chicago, kemudahan pengeluaran seluas 1.8 juta-kaki-persegi di 7300 S. Kedzie Avenue, merupakan kilang roti terbesar di dunia, menggajikan lebih 1,500 pekerja dan menghasilkan 320 juta paun makanan ringan setap tahun.