Asal-usul Nachos

Makanan ini datangnya daripada suatu idea hidangan spontan daripada Ignacio "Nacho" Anaya, seorang ketua pelayan di sebuah restoran di Piedras Negras, Coahuila[3][4] bagi menyambut para isteri askar tentera A.S yang singgah di tempat tersebut setelah membeli-belah berdekatan. Beliau segera menggoreng kepingan tortilla yang ditabur dengan jeruk cili jalapeño dan keju cheddar.[Note 1][5] Apabila Ignacio ditanya mengenai hidangan ini, dia berseloroh memanggilnya "Nacho's especiales" ("hidangan istimewa Ignacio"), lama-kelamaannya menjadi "special nachos" ("nachos istimewa").[6] Khabar mengenai hidangan tersebut mula menjadi tersebar di negeri Texas serta Barat Daya Amerika Syarikat yang berjiranan tidak lama selepas itu.