Kerjaya Nadia_Aqilah_Bajuri

Selain berkecimpung dalam bidang lakonan, Nadia juga aktif dalam bidang nyanyian apabila mempunyai beberapa single yang popular dikalangan peminat muzik di Malaysia seperti lagu "Patah Sayap", "Dalam Keraguan" dan lagu bertemakan keagamaan "Sujudku". Sebelum ini, Nadia pernah menganggotai kumpulan Luscious yang menjadi popular setelah menyertai program anjuran TV3 iaitu Gang Starz.[1] Nadia juga pernah menghasilkan sebuah album solo yang mengandungi tujuh buah lagu berbahasa Inggeris dan tiga lagu Melayu berjudul DIVA. [2]