Pembikinan Nafas_Cahaya

Selepas kejayaan album kedua, Misha membayangkan akan bekerjasama dengan komposer terkenal M. Nasir untuk album ketiganya. Hasrat Misha mendapat perhatian masyarakat dan media kerana M. Nasir sememangnya agak jarang memberikan hasil karyanya untuk artis-artis wanita. Ella, Ramlah Ram, Ziana Zain, Sheila Majid dan Umie Aida adalah antara artis wanita yang bertuah kerana dapat bekerjasama dengan M. Nasir.

Misha cukup bertuah kerana M.Nasir sendiri mengaguminya, malah bersedia mencipta sebuah lagu yang bersesuaian dengan karektor Misha. Projek Nafas Cahaya disifatkan Misha sebagai gabungan 3 genius kerana ia melibatkan M. Nasir sebagai komposer, serta Loloq sebagai penulis lirik dan penggubah muzik Ramli MS sebagai penerbit dan penyusun lagunya.

Lagu ini pertama kali diperdengarkan di corong radio pada 28 Ogos 2006 dan pada 8 Jun 2006, Misha terlebih dahulu menyanyikannya secara eksklusif di hadapan para peminatnya ketika rakaman Konsert Fenomena RTM (yang kemudiannya disiarkan di kaca TV pada 21 Oktober 2006).