Kerjaya Nafiz_Muaz

Nafiz menyertai pertandingan Drama Festival Kuala Lumpur 2016 selepas diminta oleh ibunya untuk menghadiri ujibakat. Hasilnya, beliau berjaya menjadi salah seorang finalis pertandingan tersebut yang juga disertai oleh Syazuwan Hassan, Jaja Iliyes, Amirul Faqeem, Shuhanty Hanafiah dan Indah Emeerlda.[2] Sejak itu, beliau telah berlakon dalam beberapa drama televisyen.

Nafiz melakonkan watak sebagai Hakim dalam Budak Boys. Ia mengisahkan seorang budak lelaki yang pemalu dan sering dibuli oleh rakan-rakannya di sekolah. Kehidupannya berubah selepas dia menjadi seorang tentera. Drama ini ditayangkan di saluran TV3.

Peranan terkenal beliau hadir menerusi watak sebagai Reza dalam drama Cinta Tiada Ganti lakonan Addy Ashraf, Nelydia Senrose, Ben Amir dan Atikah Suhaime. Diadaptasi dari drama Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas, ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.[3] Drama ini menjadi drama pertama lakonan Nafiz di saluran Astro.

Beliau turut berlakon bersama Fasha Sandha dalam drama Semua Salahku, memegang watak sebagai Harris yang ditayangkan di saluran TV3. Nafiz meraih kejayaan utamanya menerusi drama adaptasi novel karya Rehal Nuharis, Cinta Belum Tamat Tempoh lakonan bersama Bella Astillah, Fendy Bakry, Hun Haqeem dan Dayang Areeda. Ia merupakan drama pertamanya sebagai pelakon utama.[4]