Najasyi

Najasyi Asham bin Abjar (Arab: النجاشي) adalah raja negeri Habsyah di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Dalam tradisi Islam, beliau yang beragama Nasrani (Kristian) memeluk Islam kemudiannya. Sejarahwan Barat pula berpendapat bahawa beliau berpegang teguh kepada agama asalnya sepanjang hayatnya.