Kontroversi Najip_Ali

Kenyataan persenda Najib Razak

Pada 5 April 2017, Najip membuat permohonan maaf kepada Perdana Menteri (bekas), Datuk Seri Najib Tun Razak atas keterlanjurannya dalam program Ok Chope! Episod 26 yang disiarkan pada 29 Mac 2017.

Najip dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman sesawang rasmi Mediacorp Channel 5 berkata, dia menyesali tindakannya pada program tersebut yang telah mengundang ketidakpuasan hati penonton.

Najip membuat kenyataan sebahagiannya:

"Sejak beberapa hari lepas saya sudah memikirkan sedalam-dalamnya komen yang dibuat semasa segmen dalam rancangan komedi Channel 5 yang merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia. Saya sedar betapa saya tidak sensitif dan tidak berhati perut."Saya ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya merayu agar beliau, penonton dan rakan-rakan memaafkan saya," [3]

Dalam program tersebut, peserta diminta melengkapkan satu tajuk berita berkaitan Najib yang telah dikurangkan satu perkataan iaitu “Najib slams... for threatening Malaysia’s progress.” ("Najib menghentam... untuk mengancam kemajuan Malaysia"). Para peserta mula meneka dengan mengeluarkan ayat-ayat sendiri yang disifatkan memperlekehkan Najib.[4]