Pemerintahan Nandivarman_III

Nandivarman III merupakan raja yang berkuasa dan cuba menghantikan kemerosotan yang bermula semasa pemerintahan bapanya. Dia mengadakan perikatan dengan Rashtrakutas dan Gangas dan mengalahkan Pandyas di Thellar berhampiran Kanchi. Dia kemudian mengejar tentera Pandyan sejauh sungai Vaigai. Raja Pandyan Sri Vallabha, bagaimanapun, merampas kembali kebanyakan jajahannya malah mengalahkan Pallavas di Kumbakonam.

Nandivarman memiliki tentera laut yang kuat dan mengekalkan hubungan perdagangan dengan Siam dan Semenanjung Malaysia.

Nandivarma III kemudiannya digantikan oleh Nrupatungavarma yang mempunyai dua saudara, Aparajitavarma dan Kampavarma. Raja Chola mendorong Aparajitavarma membuat perang saudara dan akhirnya berjaya menawan takhta Pallava dengan bantuan Chola tetapi terpaksa membayar harga yang mahal bagi bantuan mereka. Raja berikutnya yang lemah dan ketidak stabilan politik menjadikan Pallavas sebagai kerajaan kecil dan menjadikan Chola sebagai kerajaan utama di pentas politik Selatan India.