Biografi Nani_Wijaya

Nani dilahirkan di Cirebon, Jawa Barat, pada 10 November 1944.[1] Semasa lewat 1950an, beliau menunjukkan mindat terhadap bidang lakonan. Beliau membuat kemunculan sulung di layar lebar menerusi filem Lilik Sudjio Darah Tinggi pada 1960.[2] Semasa pada 1960an beliau lebih banyak berlakon dalam peranan pembantu,[2] walaupun mempunyai peranan utama, seperti dalam filem arahan Rd Ariffien Di Balik Dinding Sekolah (1961) dan filem arahan Misbach Yusa Biran Menjusuri Djedjak Berdarah (1967).[1]

Nani mengambil pendidikan universiti dalam kriminologi dari Universiti Indonesia,[2] dan pada 1973 beliau menamatkan pelajarannya dalam bengkel lakonan dari Parfi dan Institut Seni Jakarta.[2] Semasa pada 1970an dan 1980an beliau kerap aktif, sering mengambil pelbagai peranan dalam satu tahun.[3] Semua karya pencalonannya di Anugerah Citra telah disiapkan pada masa ini.[4]

Selepas industri filem Indonesia runtuh pada tahun 1993, Widjaja berhijrah ke televisyen. Beliau berlakon dalam beberapa sinetron seperti Gara-Gara (1993), Bung Besar (1993), Aku Mau Hidup (1994), Mat Beken (1995), Cinta Buat Monita (1995), Masih Ada Kapal ke Padang (1995), Penantian (1997), Gara-gara Plus (1997).[2] Nani kembali ke filem layar lebar pada 2007 menerusi filem arahan Rudi Soedjarwo Cintapuccino. Beliau terus muncul dalam filem, walaupun pada kadar yang lebih dikurangkan. Beliau juga tetap aktif di televisyen.[3] Menurut laman web Taman Ismail Marzuki, peranan televisyen Nani yang paling dikenali ialah sebagai ibu dalam Bajaj Bajuri.[1]

Setakat September 2013[update], Nani telah berlakon dalam 111 filem; dalam kebanyakan beliau memegang watak ibu atau nenek.[3] Beliau telah memenangi dua Anugerah Citra untuk Pelakon Terbaik, satu pada tahun 1978 untuk Yang Muda Yang Bercinta dan satu pada tahun 1983 untuk biopik R.A. Kartini, daripada lima pencalonan.[4] Dalam filem kedua, beliau memegang watak Mas Ayu Ngasirah, ibu Kartini.[5]

Nani telah berkahwin dengan aktivis filem dan bekas pengarah Misbach Yusa Biran. Beliau meninggal dunia pada tahun 2012. Dua daripada lima anak-anak mereka juga memasuki industri filem.[6] Salah seorang daripada mereka, Sukma Ayu, terkenal dengan watak tomboy bernama Rohaye dalam sitkom Kecil Kecil Jadi Manten, Sukma Ayu meninggal pada 2004.[7]