Napster
Napster

Napster

Napster merupakan perkhidmatan muzik dalam talian yang asalnya merupakan khidmat perkongsian fail dicipta oleh Shawn Fanning. Napster meninggalkan kesan besar pada dunia Internet dalam tahun 2000. Teknologinya membenarkan peminat muzik untuk berkongsi lagu dalam format MP3 dengan mudah sesama sendiri, dengan itu menyebabkan pencabulan hakcipta yang teruk. Perkhidmatan itu dinamakan Napster sempena nama gelaran Fanning.Napster asal dibebaskan pada musim luruh 1999. Ia merupakan yang pertama dari sistem perkongsian fail rakan-ke-rakan (peer-to-peer) yang amat di gemari ramai, walaupun ia bukannya sistem perkongsian fail rakan-ke-rakan yang sempurna kerana ia menggunakan pelayan pusat untuk menyimpan senarai sistem yang mempunyai sambungan, dan nama fail yang terdapat di situ, sementara transaksi dilaksanakan secara langsung antara mesin tersebut, dan tidak melalui pelayan pusat.Ini adalah serupa dengan cara sistem pesanan segara berfungsi. Walaupun telah terdapat medium yang agak popular yang memudahkan perkongsian fail melalui Internet seperti IRC, Hotline, dan USENET, Napster merupakan yang pertama untuk mengkhususkan dalam format MP3. Ini menghasilkan sistem yang mempunyai sejumlah besar pilihan lagu untuk dipindah turun The result was a system which featured a large selection of music to download. Ini memudahkan orang awam untuk mendapatkan muzik yang mereka mahu tanpa perlu pergi ke kedai rekod untuk membeli lagu yang hanya mempunyai satu atau dua lagu popular dan yang selebihnya hanyalah pengisi ruang kosong. Pada saat yang lain, seseorang boleh dapat hampir secara serta merta lagu yang mereka pernah dengar di radio berpuluhan tahun dahulu tetapi sudah tidak diedarkan lagi masa kini. Mereka juga boleh dapat rakaman yang tidak diedarkan daripada album disalin secara haram "bootleg albums", khususnya daripada penyayi seperti The Beatles, The Rolling Stones, dan The Who, malah muzik latar dari filem yang tidak pernah diedarkan seperti dari John Williams dan Jerry Goldsmith.