The_Beatles
The_Beatles

The_Beatles

The Beatles ialah sebuah kumpulan muzik rock dan pop dari Liverpool, England. Walaupun aktif hanya daripada 1960 hingga 1970, mereka amat terkenal untuk pencapaian mereka dalam bidang muzik, dan menjual berjuta-juta rakaman lagu-lagu mereka. Anggotanya John Lennon, Paul McCartney, George Harrison dan Ringo Starr. Lagu mereka, "Yesterday" merupakan lagu dengan paling ramai versi saduran — kira-kira 2,500 versi "Yesterday" telah diterbit.Walaupun usaha terawal mereka tertumpu pada rock and roll, R&B, dan sedikit lagu romantik, mereka kemudian mula bereksperimen dengan unsur-unsur muzik yang baru. Muzik mereka menunjuk pengaruh psikedelik, seperti "Strawberry Fields Forever", dan hard rock, seperti "Helter Skelter". Namun, lagu mereka yang paling popular merupakan lagu romantik seperti "Yesterday", "Something", "Hey Jude", dan "Let It Be". Kebanyakan lagu-lagu romantik mereka menggunakan pancaragam klasikal, sebuah langkah yang baru dalam muzik pop kontemporari.[1][2]Dalam tahun-tahun rakaman album studio, Beatles mengeluarkan karya-karya yang dinilai terbaik oleh pengkritik, salah satunya Sgt. Pepper 's Lonely Hearts Club Band (1967), dipuji sebagai karya agung. Empat dekad selepas pembubaran, muzik mereka masih popular. Mereka mempunyai lebih dari satu album nombor 1 di carta lagu United Kingdom dan bertahan paling lama berbanding pemuzik lain. Berdasarkan RIAA, mereka adalah pemuzik yang menjual album terbanyak di Amerika Syarikat. Tahun 2008, majalah Billboard mengeluarkan senarai ahli muzik dengan jualan terbesar sepanjang sejarah Hot 100 untuk meraikan 15 tahun carta lagu single Amerika dimana The Beatles berada di nombor satu. Tujuh kali mendapat Anugerah Grammy, 15 Ivor Novello Awards dari British Academy of Songwriters, Composers and Authors, The Beatles secara kolektif dimasukkan dalam kompilasi majalah TIME sebagai satu dari 100 orang paling berpengaruh pada abad ke-20.

The_Beatles

Berasal dari Liverpool, England
Juga dikenali sebagai "The Fab Four," "The Lads from Liverpool"
Syarikat rakaman
  • EMI
  • Parlophone
  • Capitol
  • Odeon
  • Apple
  • Vee-Jay
  • Polydor
  • Swan
  • Tollie
  • United Artists Records
Laman sesawang www.beatles.com
Kegiatan berkaitan
  • The Quarrymen
  • Plastic Ono Band
  • The Dirty Mac
  • Wings
  • Traveling Wilburys
  • Rory Storm and the Hurricanes
  • Ringo Starr and His All-Starr Band
Ahli John Lennon
Paul McCartney
George Harrison
Ringo Starr
Genre Rock, pop
Bekas ahli Pete Best
Stuart Sutcliffe
Tahun aktif 1960–1970