Plot Nasi_Lemak_2.0

Cef Huang (Namewee) berhadapan dengan kesukaran untuk meneruskan perniagaan makanan miliknya kerana dia gagal menyediakan masakan tempatan yang diinginkan oleh para pelanggannya. Namun, bertentangan dengan masakan yang kurang popular, dia dikenali sebagai "Hero Huang" di kawasan kejiranannya. Cef Huang akan membantu komunitinya sehinggalah dia bertemu dengan Xiao K (Karen Kong) yang membuatkannya terjebak dalam masalah. Untuk membolehkan dia meneruskan kehidupan ini serta perniagaan restorannya, Cef Huang perlu mendapatkan bantuan daripada penjaja wanita yang penuh misteri (Adibah Noor), yang mengarahkan dia agar memulakan satu pengembaraan yang hebat dalam kehidupannya. Ketika berhadapan dengan pengalaman yang bakal memberikan kesedaran pada dirinya, dia bertemu dengan ramai "hero tempatan" yang memberikan sokongan kepadanya untuk menemui asal-usul serta erti sebenar yang tersembunyi dalam "nasi lemak".

Rujukan

WikiPedia: Nasi_Lemak_2.0 http://www.malaysiakini.com/news/176091 http://www.nasilemak2.com/020220.html http://www.youtube.com/watch?v=TYH3aUT_VwQ http://www.mmail.com.my/content/79055-nasi-lemak-b... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/10... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/7/... http://www.nzherald.co.nz/world/news/article.cfm?c... https://www.facebook.com/nasilemak2.0/posts/235864... https://www.youtube.com/watch?v=3QyRzSKuwkY https://www.youtube.com/watch?v=TYH3aUT_VwQ