Nasi_goreng_pattaya

Nasi goreng pattaya ialah salah satu masakan Malaysia yang terkenal dan mudah didapati di warung-warung dan restoran Melayu yang menjual secara à la carte. Nasi goreng pattaya adalah salah satu jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia.Ada sesetengah sumber mengatakan bahawa menu ini berasal atau diilhamkan dari Pattaya, Thailand. Walau bagaimanapun, tiada kesahihan hal tersebut.