Ringkasan Nasib_Do_Re_Mi

Mengisahkan tiga orang sahabat bernama Do, Re dan Mi dengan satu kumpulan samseng. Cerita ini adalah sambungan kepada filem lalu, Setelah ketiga-tiga orang sahabat melarikan diri dari dikejar oleh sekumpulan orang kampung yang berang akibat ditipu oleh mereka bertiga kerana jualan ubat 'minyak' panas yang laku. Setelah melarikan diri terlalu jauh sehingga ke dalam hutan hingga larut malam, mereka menjumpai sebuah rumah usang yg didiami oleh seorang tua yang juga merupakan bekas pemuzik jalanan.

Setelah itu, plot cerita semakin berkembang setelah ketiga-tiga sahabat itu cedera dalam cubaan menyelamatkan satu pasangan iaitu Lokman dan Nora di taman dari dipukul oleh sekumpulan samseng yang diketuai oleh Komeng yang juga merupakan dalang di sebalik kejadian rompakan kedai emas yang semakin berleluasa baru-baru ini. Setelah melarikan diri dari hospital, ketiga-tiga orang sahabat terus mati akal untuk mencari ikhtiar hidup sehingga Do mendapat akal untuk mendapatkan wang dengan menipu Komeng dan konco-konconya.

Kemuncak kepada filem ini adalah bagaimana tiga orang sahabat bersama Lokman membuat keputusan untuk membawa Komeng dan kumpulan ke muka pengadilan dengan Nora sebagai pengintip wanita. Setelah Lokman, Do, Re dan Mi berjaya menumpaskan geng terbabit, mereka diberi ganjaran sebanyak RM1000 oleh anggota polis kerana kerjasama yang diberi. Namun Do membuat keputusan untuk menghadiahkan bahagian mereka kepada pasangan tersebut sebagai hadiah perkahwinan yang bakal dilangsungkan. Re yang pada mulanya berat hati akur disamping memikirkan mereka sudah banyak wang hasil dari menipu duit Komeng dan kumpulannya.

Filem berakhir dengan Nora dan Lokman melangsungkan perkahwinan disaksikan tiga sahabat. Setelah perkahwinan, ketiga-tiga sahabat bahagia menunggang basikal baru (kemungkinan dibeli dari duit Komeng yang telah ditipu) menuju ke tempat yang tidak diketahui untuk memulakan satu pengembaraan yang baru.