Kerjaya Nasir_Ali

Nasir Ali memulakan kerjayanya sebagai pelakon teater pada tahun 1974 dan Liku-Liku Hidup merupakan teater pertama lakonannya yang dipentaskan di Kompleks Budaya Negara (sekarang dikenali sebagai Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Nasir sewaktu hayatnya terkenal sebagai aktivis teater yang aktif berlakon serta mengarahkan teater, dan merupakan Presiden Grup Teater Arts Kreatif yang ditubuhkannya pada 1989. Sepanjang hidup beliau telah membintangi persada hampir ratusan drama berbanding filem. Antara teater lakonan dan arahan beliau berjudul Jebat, Orliana, The Three Sister, Mac Back, Konvensyen Gila, Pran, Bus Stop dan Orang-Orang Kecil, selain turut berlakon filem seperti Mekanik, Hingga Hujung Nyawa dan Senario The Movie.

Sepanjang kerjaya sebagai pelakon, antara kejayaan beliau ialah pernah diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa menerusi drama Kurnia pada tahun 1995 dan Esah Swinger (1996). Malah, beliau juga pernah mengungguli anugerah Pengarah dan Pelakon Teater Terbaik pada 1987 menerusi teater berjudul Pran.[1]

Graduan lulusan dari National Institute of Dramatic Art, Sydney, Australia ini pernah membuat dan mengarah pementasan di Sdyney. Antara tajuknya Jebat, Orliana, The Three Sister, Mac Back. Selama dua tahun di sana, Nasir juga berpeluang mengadakan persembahan pentas What Is Our Lovely War di Sydney Opera House. (Neliau pernah ditawarkan kerja sebagai anak seni di Sydney namun beliau memilih Malaysia, beliau mahu berkongsi ilmu di bumi sendiri).[2]