Naskhah
Naskhah

Naskhah

Naskhah atau manuskrip ialah sebuah dokumen yang ditulis dengan tangan,[1] berbanding dengan dokumen yang tercetak atupun yang terhasil dengan kaedah lain. Semua dokumen berbentuk naskhah sebelum penciptaan mesin cetak. Dalam konteks penerbitan dan ilmiah, naskhah merupakan teks yang dilanjutkan kepada penerbit atau pencetak untuk penerbitan, tidak kira apa jua formatnya.Naskhah-naskhah tidak ditetapkan oleh isi kandungan, yang mungkin mencampurkan tulisan dengan kiraan matematik, peta, gambar rajah ataupun lukisan. Naskhah terdapat dalam bentuk buku, skrol, atau bentuk kodeks.