Navantia

Navantia (ditubuhkan pada 2005), dahulunya Bazán atau IZAR adalah sebuah firma pembinaan kapal utama dari Sepanyol yang menawarkan perkhidmatan mereka di dalam projek-projek ketenteraan mahupun awam.Navantia merupakan syarikat pembinaan kapal ke-5 terbesar di Eropah dan ke-9 di dunia. Ia memiliki limbungan di seluruh Sepanyol.