Kerjaya Nazeera_Sardi

Nazeera memulakan kerjaya lakonannya dengan membawakan peranan pembantu dalam siri drama Jiwa Lara dan Tasbih Cinta Qasida yang kedua-duanya bersiaran di TV3. Namanya mula mendapat perhatian umum menerusi gandingannya bersama Beto Kusyairy dan Zahiril Adzim dalam siri drama Hanya Padamu yang bersiaran di Slot Zehra TV3. Setelah itu, beliau berlakon dalam beberapa drama televisyen dan telefilem.

Beliau juga aktif menulis blog yang membincangkan tentang kehidupan peribadinya. Selain itu, Nazeera juga pernah muncul dalam iklan Burger King dan Zalora. Nazeera menjadi salah seorang peserta Grand Finale SimplySiti Star Search yang diadakan pada 20 Oktober 2012, anjuran SimplySiti.

Nazeera mula berjinak-jinak menjadi penyanyi dengan muncul sebagai penyanyi dengan single pertama berjudul "Tetap Ada Cinta" ciptaan Omar K dan Ikhwan Fatanna.[8] Populariti beliau dalam bidang lakonan semakin melonjak menerusi lakonannya, Pembancuh Kopi Mr. Vampire yang mana Nazeera memegang watak sebagai Nuzul Filzah. Karya yang diadaptasi dari novel dengan judul sama menyaksikan Nazeera bergandingan dengan pelakon Ungku Ismail Aziz sebagai watak utama.[9]

Dari 13 April 2018 hingga 22 Mei 2018, Nazeera memegang watak sebagai Delina dalam siri drama waktu perdana, Cinta Fatamorgana yang bersiaran di Slot Akasia TV3, drama ini turut dibintangi oleh Azar Azmi, Aeril Zafrel dan Syazuwan Hassan.[10]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Nazeera_Sardi http://www.malaysiandigest.com/hiburan/676655-tuah... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.kosmo.com.my/hiburan/kisah-cinta-yang-d... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/nazeera-dedi... http://www.utusan.com.my/hiburan/cinta-nazeera-dia... https://www.facebook.com/NazeeraSardi https://www.instagram.com/NazeeraSardi/ https://twitter.com/NazeeraSardi https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/... https://www.hmetro.com.my/node/119234