Pendidikan Naziruddin_Mohd_Nasir

Beliau mendapat pendidikan sarjana muda dalam Syariah lulusan Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir. Kemudian beliau melanjutkan pengajian sarjana dalam pengajian undang-undang perbandingan dan antarabangsa di Sekolah Pengajian Timur dan Afrika, Universiti London, United Kingdom. Beliau menyambung pengajian sarjana falsafah dan menerima kedoktoran falsafah {Ph.D} dalam teologi dan agama daripada Universiti Oxford di United Kingdom.[2]