Negara_Naungan_Seluruh_Palestin
Negara_Naungan_Seluruh_Palestin

Negara_Naungan_Seluruh_Palestin

Negara Naungan Seluruh Palestin, atau ringkasnya Seluruh Palestin, juga dikenali sebagai Negara Naungan Gaza dan Genting Gaza, ialah sebuah negara pelanggan berjangka hayat pendek dengan pengiktirafan terhad, di kawasan yang kini merupakan Genting Gaza, yang ditubuhkan di kawasan yang ditawan Kerajaan Mesir semasa perang Arab-Israeli 1948 dan dibenarkan untuk menggerakkan sebuah negara naungan di bawah Kerajaan Seluruh Palestin. Negara Naungan ini diisytiharkan pada 22 September 1948 di Bandar Gaza, dan Kerajaan Seluruh Palestin dibentuk. President pentadbiran ini ialah Syeikh Amin Al-Husaini, bekas pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Arab, sementara Perdana Menterinya ialah Ahmed Hilmi Pasha.[3] Pada Disember 1948, selepas tiga bulan diisytihar, Kerajaan Seluruh Palestin ditempatkan di Kaherah dan tidak dibenarkan kembali ke Gaza, menjadikan ia sebuah pemerintahan buangan. Dengan resolusi lanjut dari Liga Arab untuk meletakkan Genting Gaza di bawah perlindungan rasmi Mesir pada 1952, Kerajaan Seluruh Palestin secara berperingkat diusir dari kekuasaan mereka. Pada 1953, kerajaan tersebut dibubarkan pada namanya, walaupun Perdana Menteri Palestin, Ahmed Hilmi Pasha tetap menghadiri mesyuarat Liga Arab bagi pihak dirinya.[2] Pada 1959, negara naungan ini secara undang-undangnya (de jure) bergabung dengan Republik Arab Bersatu, sementara secara hakikatnya (de facto) menjadikan Gaza sebagai kawasan pendudukan ketenteraan Mesir.

Negara_Naungan_Seluruh_Palestin

Status Pengiktirafan separa
Negara pelanggan bagi Kerajaan Mesir dan kemudiannya Republik Mesir
• Gencatan Senjata 1949 1949
• Dibubarkan 1959
• Didirikan 22 September 1948
• Pemerintahan dibubarkan (kecuali jawatan Perdana Menteri)[2] 1953
• Liga Arab menempatkan Genting Gaza di bawah lindungan rasmi Mesir[1] 1952
Era Sejarah Perang Dingin
Agama Islam, Kristian
Ibu negara Baitulmuqaddis (didakwa)
Bandar Gaza (de facto 1948)
Kaherah (de facto 1949–59)
Kod ISO 3166 PS
Kerajaan Republick
• 1948 Ahmed Hilmi Abd al-Baqi
Sekarang sebahagian dari Genting Gaza
Presiden  
Mata wang Paun Mesir
Bahasa yang umum digunakan Bahasa Arab Palestin
Perdana Menteri  
• Krisis Suez 1956