Ekonomi Negeri-negeri_Gabungan_Amerika

Negeri Gabungan mempunyai ekonomi pertanian dengan mengeksportnya ke pasaran dunia. Produk-produk pertanian seperti kapas, dan kadang kala tembakau dan tebu. Pengeluaran makanan tempatan termasuk bijiran, babi dan lembu. 11 buah negeri ini menghasilkan kira-kira AS$ 155 juta nilai produk pada tahun 1860, terutamanya dari kilang-kilang tempatan seperti tali, balak, produk tembakau, kapas dan stor tentera laut seperti turpentin. NGA menerima cukai rendah 15 peratus, tetapi mengenakannya pada kesemua barangan import yang berasal dari tempat-tempat lain di Amerika Syarikat. Cukai ini tidak memberi kesan; kerana pelabuhan-pelabuhan NGA telah disekat dari lalu lintas komersil disebabkan oleh pengepungan Kesatuan, dan sangat sedikit orang yang membayar cukai ke atas barangan yang diseludup daripada negeri-negeri Kesatuan. Kerajaan telah mengutip kira-kira AS$3.5 juta pendapatan cukai sejak perang bermula menentang Kesatuan sehingga akhir tahun 1864. Kekurangan kewangan yang mencukupi telah menyebabkan NGA membiayai perang dengan mencetak wang, yang mana menyebabkan inflasi yang tinggi.