Presiden Negeri_Sembilan_FA

  • Dato' Wan Salaidin

Dato’ Wan Salaidin, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan menjadi presiden PBNS pertama semasa Dato’ Mansor Othman menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Setiausaha Kehormat PBNS semasa itu ialah En. Ramalingam. Pejabat PBNS pada masa itu adalah di pejabat En. Ramalingam yang terletak di Paul Street.

Tan Sri Dr Rais Yatim menjadi Menteri Besar menggantikan Dato Mansor Othman. Seterusnya perlembagaan PBNS di tukar dengan membenarkan hanya Menteri Besar menjadi presiden PBNS sehinggalah sekarang. Sebelum ini jawatan Presiden dipilih melalui mesyuarat agung PBNS. Pejabat PBNS pada masa itu terletak di tingkat atas Bangunan Poliklinik Rakyat, Bandar Seremban.

Tan Sri Mohd Isa Samad, Menteri Besar ketika itu telah memegang jawatan presiden PBNS selama 22 tahun. Setiausaha kehormat ialah Dato Abdullah Sani Abd Hamid yang menggantikan Kapt. Hadi. Bangunan PBNS telah dibina setinggi tiga tingkat di Medan Rahang, Seremban di atas tanah PBNS pada tahun 1992.

Dato’ Seri Utama Mohamad Haji Hassan dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Mohd Samad memegang jawatan presiden PBNS. Dalam mesyuarat agung PBNS, En. Abd. Halim Abd. Latif dilantik memegang jawatan sebagai Setiausaha Kehormat menggantikan Dato’ Abdullah Sani Abd Hamid yang dinaikkan pangkat memegang jawatan Timbalan Presiden PBNS.

Bawah kepimpinan beliau, skuad Negeri Sembilan berubah wajah. Dengan pelbagai program akar umbi yang dilakukan, beliau berjaya menghasilkan skuad yang bermutu dengan mengambil jurulatih berkaliber seperti Wan Jamak Wan Hasan dan Azraai Khor Abdullah. Hasilnya, Negeri Sembilan menjadi sebuah pasukan yang elit dalam Malaysia dengan merangkul semula Piala FA pada 2010, dan berjaya mara 3 tahun berturut-turut dalam saingan Piala Malaysia dengan memenangi 2 daripadanya. Selain itu, program yang beliau lakukan berjaya menghasilkan pemain seperti kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha serta pemain sayap lincah Shahurain Abu Samah dan S. Kunalan.