Sinopsis Neon_(telefilem)

Neon berkisar tentang Hafiz yang ditimpa nasib malang tidak henti-henti, namun keadaan berubah dengan kemunculan cahaya harapan yang menyuluh harapan, sekali gus memberi kekuatan untuknya meneruskan hidup. Hafiz berhadapan dengan segala jenis kedukaan dan malang pada satu satu malam, Hafiz menemui pelbagai jenis manusia dengan ragam dan karektor yang berbeza. Yang menarik tentulah pertemuannya dengan Laila. Seorang mangsa kasanova kolej yang ditinggalkan di tepi jalan. Mereka mengenali diri masing-masing lalu memberi sedikit sinar buat Hafiz.