Nessun_dorma

"Nessun dorma" ialah aria dari babak terakhir opera gubahan Giacomo Puccini yang berjudul Turandot. Aria ini ditulis di dalam bahasa Itali yang bermaksud "Let no one sleep" dalam bahasa Inggeris atau "Jangan sesiapa tidur" dalam bahasa Melayu, dinyanyikankan oleh Putera Calaf untuk memberitahu Puteri Turandot bahawa tiada siapa boleh tidur pada malam itu sehingga mereka boleh meneka nama beliau. Aria ini mendapat status “lagu popular” setelah dinyanyikan oleh Luciano Pavarotti sebagai lagu pembukaan BBC untuk Piala Dunia FIFA pada tahun 1990. Untuk keterangan lanjut mengenai opera ini, sila rujuk rencana Turandot