Neutrofil
Neutrofil

Neutrofil

Neutrofil atau neutrosit merupakan sel granulosit yang paling umum, dengan jumlah keseluruhan mencakupi 60 hingga 70 peratus dalam kalangan sel-sel darah putih dalam kebanyakan mamalia dan merupakan sel penting dalam sistem imun. Fungsi neutrofil boleh berubah mengikut mamalia.[1]Sel neutrofil terhasil di sumsum tulang daripada sel tunjang dan membeza terhadap subpopulasi pemusnah dan perangkap. Sel-sel ini boleh memasuki bahagian yang tidak dapat dimasuki oleh sel atau molekul yang lain. Meskipun begitu, sel-sel neutrofil memiliki jangka hayat yang pendek, biasanya hanya lima hingga 90 jam sekiranya tidak diaktifkan.[2]Neutrofil biasanya memiliki saiz 12-15 mikrometer (µm) apabila melekat pada suatu permukaan dan memiliki saiz purata 8.85 µm dalam keadaan bebas.[3]