Sejarah Nico

Nico atau Network International Chicanos Organization ditubuhkan pada 1992, dianggotai oleh Abdul Fashah Abdul Aziz (Md Nico), Muzaffar Shah Baharin (Affa) dan Shah Rosli (Dino) dan dinobatkan sebagai antara perintis muzik hip hop yang terawal di Malaysia dengan mengetengahkan genre G Funk dan Street Beat.[3][4]

Sepanjang tempoh itu, Nico merakamkan tiga album: Buatan Los Angeles (1993), Realiti (1995), Alamak! (1996). Kemudian pada 2003 kumpulan Nico kembali dan merakamkan album baru bertajuk Ops Kecoh. Hanya Md Nico saja yang tinggal untuk meneruskan perjuangan irama Rap dan G-Funk dianggotai bersama ahli baru iaitu E-zad sebanyak 12 buah lagu dipertaruhkan namun akibat kurang publibsiti kumpulan Nico kembali senyap dan terus hilang dari industri muzik Malaysia tetapi mereka muncul semula pada tahun 2013 dengan ahli asal iaitu Affa dan Dino dan sering membuat persembahan sehingga ke hari ini.

Nico mula meraih kejayaan dalam industri muzik tanahair menerusi single pertama mereka, "Inilah Nasibku" yang dimuatkan dalam album pertama mereka, Buatan Los Angeles.[5] Lagu ciptaan Boon Tan dan lirik tulisan Md Nico telah mendapat sambutan yang paling hangat di kalangan pendengar dan menjadi lagu 'trademark' kumpulan Nico sehingga ke hari ini.[6]Setelah sekian lama menyepi dari lapangan seni muzik tanah air, Nico telah membuat kemunculan semula dengan barisan anggota asalnya yang terdiri daripada Md Nico, Affa dan Dino. Nama kumpulan ini jugatelah bertukar kepada Nico G sebagai projek penjenamaan semula kumpulan ini.[7]

Nico G melancarkan single pertama mereka, "Belia Perwira" pada 2014.[8][9] Pada tahun 2017, kumpulan ini melancarkan single terbaru "Dunia Alam Fana" sempena meraikan ulang tahun ke-25 mereka.[10]

Berkaitan