Pendidikan Nik_Mohamad_Zawawi_Salleh

Memperolehi ijazah Sarjana Muda Usuluddin(Tafsir) daripada Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1990. Seterusnya beliau telah melanjutkan pengajian ijazah Sarjana Aqidah & Falsafah daripada Universiti Al Al-Bayt, Jordan. Setelah memperolehi ijazah Sarjananya pada tahun 1997, beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dari tahun 1998 hingga 1999[1]. Beliau telah menyelesaikan PhD di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Dakwah & Kepimpinan.