Nikah_mut'ah

Sebahagian daripada siri
Fiqh Islam
(suatu disiplin kajian Islam)Nikah mut'ah (Arab: نكاح المتعة‎ ​ nikāḥ al-mut'aṯ, harfiah: perkahwinan untuk keseronokan[1], English: wedlease), atau sigheh, adalah perkahwinan bagi tempoh masa tertentu, yang menurut Mazhab Syiah, adalah perkahwinan bagi masa yang telah ditetapkan, dan selepas itu, ikatan perkahwinan tersebut terlerai. Contohnya, seorang lelaki melakukan berkahwin dengan akad nikah sebagai berikut, "Aku berkahwinimu selama satu bulan atau satu tahun." Kemudian, wanita itu menjawab, "Aku terima." Itu adalah takrif perkahwinan muta'a menurut jumhur ulama.Perkahwinan ini hanya dibolehkan pada masa peralihan jahiliyah kepada Islam, ketika zina menjadi perkara yang biasa dalam masyarakat.[2] Bagi mazhab Sunni, perkahwinan ini adalah tidak sah dan haram dilakukan