Nikal

Nikal, bahasa Ugarit 𐎐𐎋𐎍 nkl, nama penuh Nikal-wa-Ib, ialah seorang dewi kepada bangsa Ugarit/Kanaan yang kemudiannya menjadi Phoenicia. Ia dianggap sebagai dewi dusun-dusun, dengan namanya yang bermaksud "Betari Raya dan Hasil Lebat" dan berasal daripada bahasa Akkadia/Semitik Barat "´Ilat ´Inbi" yang bermaksud "Dewi Buah". De Moor menterjemahkan, daripada Ugarit 𐎛𐎁 "ib" sebagai "bunga" yang dikekalkan dalam Ibrani Bible sebagai אֵב (Konkordans Strong 3) dan memetik Canticles 6:11 NASB sebagai bukti hidup perkataan ini[1]Ia merupakan anak perempuan Khirkhibi, Raja Musim Panas, dan berkahwin dengan dewa bulan Yarikh, yang mengurniakannya sekalung rantai batu lazuardi. Perkahwinan mereka dinyatakan dengan lagu dalam teks Ugarit "Nikal dan sang Kathirat". Nikal diraikan pada hujung musim panas apabila pokok buah-buahan telah dikutip. Dalam Sumeria pula ia disamatarafkan dengan dewi Ningal, ibunda Inanna dan Ereshkigal.[2]Muzik kuno yang tidak lengkap tertua ialah sebuah lagu daripada bangsa Hurri, sebuah gita puja dalam tulisan pepaku Ugarit yang ditujukan kepada Nikal. Ia diterbitkan semasa ditemui di Ugarit oleh Emmanuel Laroche, sulung kalinya pada tahun 1955 dan kemudian dengan lengkap pada tahun 1968,[3] dan menjadi fokus dalam pelbagai selidikan paleomuzikologi oleh, daripada ramai yang lain, Anne Draffkorn Kilmer, yang menjudulkan ia The Hymn to Nikkal (Gita Puja Nikal).[4]