Biografi Nikos_Kazantzakis

Kazantzakis lahir pada tahun 1883 di Kandiye, (kini Heraklion) di pulau Kriti - pada ketika itu, pulau tersebut masih dalam pemerintahan kerajaan Uthmaniyah dan belum bergabung dalam negara Yunani moden.

Dari 1902 hingga 1906, beliau mempelajari bidang perundangan di Universiti Athens: tesis Juris Doctornya bertajuk "Falsafah Hak dan Negara menurut Friedrich Nietzsche" (Ο Φρειδερίκος Νίτσε εν τη φιλοσοφία του δικαίου και της πολιτείας).[1] Beliau melanjutkan pengajian falsafahnya di Universiti Paris pada tahun 1907 di mana tesis tersebut lebih disempurnakan di bawah nama bahasa Perancisnya Friedrich Nietzsche dans la philosophie du droit et de la cité; di sana jugalah beliau bertemu Henri Bergson, si filsuf terkemuka.[1] Sebaik beliau pulang semula ke Yunani, beliau banyak menterjemahkan karya-karya falsafah luar kepada bahasa Yunani.